Pada pandangan sayalah.

BI SYARAT WAJIB LULUS SPM

Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.

Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.

"Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.

Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.

"Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.

"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.

"Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.

Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.


Oleh kerana kerajaan telah meminta pandangan bernas dari aku (habislah dah mula poyo).. oleh itu saya ingin mengutarakan pandangan saya tentang isu ini, uhuk2 (batuk jap)...pada pandangan sayalah BI tidak perlu di jadikan sebagai syarat wajib lulus SPM lagi...kerana apa bob? (kalau ada orang tanyalah..kalaulah)

Kerana untuk pengetahuan para hadirin, yg 30% gagal dlm BI tu hampir 99.99% adalah asal dari kawasan luar bandar..dan kita tahu masalah diorg adalah kerana kekurangan tenaga pengajar pakar2 BI kat kawasan2 mcm tu (sbb biasalah mana ada cikgu2 yg pakar nak g ajar kat skola pondok..nak duduk kerja kat bandar je... konon "civilize"la ekh)

Jadi disbbkan tak ada cikgu pakar BI utk ajar budak2 yg duduk kat kampung dan kaw. pedalaman ni..tak hairanlah ramai yg fail..cuba bayangkan cikgu kelantan tak pandai BI speaking BI longhat kelantan kat student dia..tak ke pelik bunyinya...yela tak dinafikan bagi budak2 bandar..mesti diorg fikir.."ceyh BI je kot..pejam mata pon dah leh lulus"...yela korang duduk mana...bandar ada pusat tuisyen byk..cikgu terer BI bersepah2...sbb tu leh score...lepas tu kalau ada org ckp kat aku.."ala biarlah BI jadi subjek wajib lulus..BI kan subjek International" (berckp ngan nada berlagaknya) ...ceyh kau ingat disbbkan dia subjek International kau nak wajibkan dia? bapak poyo dow..ni SPM..SPM stands for Sijil Pelajaran Malaysia..Malaysia ni national bukan international k?..cuba kau bayangkan situasi kau tu berada di tempat budak2 kampung..

Diorgnya susah nak faham dan jawab soalan BI tu sama cam budak2 bandarnya susah nak score dan paham soalan Biologi / Add Math tahu tak...cuba bayangkan kalau kerajaan wajibkan lulus Biologi dan Add Math bagi pelajar sains tuk lulus SPM supaya dpt menaikkan peratusan pelajar lulus dlm subjek tu....tak cam mahu semua org hentak je kepala kat dinding setiap hari nak g hafal semua nama tulang2 jantung2 dan semua jenis sel2 serta lapisan-lapisannya dlm bdn kita ni...kalau camtu baik wajibkan semua je subjek lulus SPM..kan senang..barulah semua org score..

Daripada wajibkan BI tu subjek lulus pada pandangan akulah (pada pandangan aku..bukan pada pandangan kau)...baik g antar dulu tenaga2 pengajar yg hebat2 cam ada kat pusat tuisyen kasturi ,smart ,suria jaya ,titian cahaya (habis market semua tempat tuisyen kat KL) semua tu kat kampung2 dan pedalaman sana dan ajar..aku gerenti akan ada peningkatan ramai pelajar BI yg lulus nanti...ini lebih baik daripada kau wajibkan jadi subjek lulus..kesian nanti budak2 kampung kena suruh mak bpk diorg yg kerja petani yg dpt gaji time musim je tuk langgani astro semata2 nak belajar BI ...tak pon kesian kat diorg nanti kena kayuh bawak anak dia naik basikal ..kayuh 100km sehari tuk antar anak dia g belajar BI kat bandar...

p/s: apa yg aku kata ni tak ada kena mengena dengan yg masih hidup atau pon yg telah mati..kalau kerajaan tak suka pandangan aku..jangan marah dan ISA aku sudah

0 comments.: (+add yours?)