Nasi Minyak


Owh owh impian tuk memakan nasi minyak setelah lama mengidamkannnya tiba juga pada suatu hari dinamakan hari ahad pada 30/11/2008 tahun gajah(pandai2 je ckp thn gajah).Yay!! tapi yang tak bestnya perkhawinan tu diadakan di Perak.Glerlah bapak jauh siot.So bangun awal pagi tu and siap2 then terus bertolak ngan satu family.Vroom2.Setelah 3 jam berjalan jauh(duduk dlm kereta ckp jalan jauh konon) akhirnya tiba di destinasi yang di tuju.
Perkhawinan di antara azli & isterinya hafifah.Keluarga azli ni dah jaga aku sejak aku bayi sampailah ke besar godzilla masa aku mula2 tak ada bibik dulu2.Bler ada bibik pon masih suka gak diorg jaga pasal best.Ingat dulu2 aku dan azli semua panjat gate besar manatah dan jalan agak jauh semata2 nak g kedai runcit untuk beli kereta tamiya(masa zaman kepopularan permainan lumba kereta ini)

Wah skrang sampai dia dah besar gajah dah kahwin dah.Cepat betul masa berlalu.Sampai2 je kat destinasi tiba2 satu badan rasa sakit argh sbb dah lama tak jalan jauh dan duduk dalam kereta lama2 so kaki semua krem.Tapi takpe tetap gembira.Haha.Mula2 sampai pak cik dan mak cik yang jaga aku dulu tak kenal lagi dah aku so aku duduk bertengek je kat depan diorg tunggu mama papa aku sampai ngan adik2 aku.Bler diorg sampai, papa aku ckp "Tak perasan ke dia dari tadi duduk depan korang" sambil menuding jari ke aku.Then pak cik mak cik terkejut "Ini iwan ke.Ya Allah dah besar dah tak kenal".Aku mungkin fikir diorg ingat aku kecik lagi kot sedangkan badan skrang dah besar gajah dah haha.Then kitaorang gi carik tempat duduk.Fuyoo penuh ooo semua tempat.Biasala buat kat kampung so meriah gler banding ngan perkhawinan kat bandar yang biasa aku g semua senyap2 je.Kat sini best gler semua asyik bertegur sapa je dan tanya khabar semua.Byk pak cik mak cik yang jaga aku dulu so bler diorg tegur aku tanya "Ini iwan ke" .Aku hanya mampu menjawab dengan hati yang agak sedih kerana aku tak kenal pon diorg sedangakn diorang ingat aku lagi setelah berbelas tahun berlalu.Sob2.Then setelah beberapa minit selepas mengambil makanan semua, mama dapat carik tempat duduk yang jauh terpencil sana kat belakang belakang tuk kita semua.Then bler kita nak duduk je ada seorang pak cik tegur kita.Dia ckp wakpe duduk kat sini.Sini tempat tak best lalu mengambil mangkuk papa aku selepas papa aku ckp takpe2 dan suruh kitaorg ikut jugak dia.So kita ikutla,then dia bawak g tempat vip punya tempat duduk.Yay bestnya.Satu meja tu special tuk family aku je.Papa aku panggil dia Pak Itam.Ckp dia jugak ada jaga aku masa kecik2 dulu(still aku tak ingat gak diorg). Sob2.Huh lepas tu aku leh nampak semua org tenung je family aku sbb kita je family first makan kat tempat vip.Rasa cuak lak haha.Mesti semua fikir sapalah budak gemuk tak malu tu punya family sampai leh duduk tempat vip.Yang bodohnya aku tak g ambik nasi minyak.Aku g makan nasi putih je.Haih tapi takpe ayam merah diaorg sedap sambil menjilat kaki haha.Then ada satu mak cik lawa tegur aku.Tanya khabar semua.Lepas dia blah mama ckp tu Pak Su.Suka jaga aku dulu sampai ikut ke umah aku tuk jaga aku(dalam hati fikir sbb cute kot dulu wahaha) *pasti korang rasa nak muntah bler baca*.Tiba2 aku fikir balik.PAK Su PAK.Omg laki ke!! (>.<).But tak kisahla sbb dia baik.Mama pernah ckp dia tak nak jaga aku time dia cam umur aku skola menengah dulu sbb dia nak masuk pertandingan Ratu Cantik ke apa hahaha aku tergelak2.Then tiba2 ada pengumuman yg ckp pengantin lelaki dah sampai.Apalagi aku makan super laju cam michael shoemaker bawak ferrari mcm nak terbabas sbb nak tangkap gambar masa dia sampai.
Mama aku ckp nak suruh org angkat gak aku cam ni masa kahwin nanti.Aku tetiba rasa kesian pada org yang kena angkat aku nanti.Mungkin masuk ICU kot plg teruk.Harap2 dia ada beli insurans nanti hahaha.Then aku buat muka tak malu g masuk dalam umah tuk tangkap gambar masa dlm umah tu penuh ngan perempuan2 mak cik2 dan aku sorang je laki.Apa aku kisah janji dapat tangkap gambar aku fikir hahaha

Semoga bahagia ke anak cucu

Lepas tu aku keluar and ditegur lagi beberapa orang pak cik semua,papa ajak balik semua tapi aku ckp jap jap nak snap lagi pic.Dtg jauh2 tapi singgah sekejap je wakpe,baik enjoy dulu.Tiba2 ada benda tak best berlaku time pengantin semua g makan.Aaaa hujan turun.Everybody take cover.Aku berteduh ngan family aku semua di bawah pondok usang n borak2 ngan family pengantin lelaki semasa diorg menyambut tetamu baru datang semua.Then kita decided nak balik sbb hujan semakin lebat.Balik ngan hati yang gembira tapi beberapa minit kemudian dlm kereta perut berbunyi pula sbb aku makan skit je tadi ahaha tapi tetap gembira.Aku doakan korang bahagia sampai akhir hayat ;).

1 comments.: (+add yours?)

miss amy said...

how cute flower girls tuu..